mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN ONLINE Q1 2020 -PUAN ZATUL IFFA HASHIM

Nama   : Zatul Iffa Binti Hashim

Umur   : 41 Tahun

Ahli      : 2019

Produk : Bff Birdnest

Latar Belakang

Kali ini Pusat Internet Felda Selendang menampilkan salah  seorang usahawan online yang aktif berniaga di kawasan sekitar , beliau ialah Puan Zatul Iffa binti Hashim. Beliau merupakan seorang guru Pasti Al-Ahad di Felda Selendang  dan mempunyai empat orang cahaya mata. Puan Iffa atau mesra dipanggil kak Iffa berasal dari Gambang dan menetap di Felda Selendang 02 bersama suaminya . Puan Iffa menjual pelbagai barangan secara online dan offline antaranya BFF Birdnest & Birdnest Essence.

Sebelum penggunaan ICT/Penglibatan Pi

Sebelum ini beliau berkunjung ke Pusat Internet hanya untuk menggunakan perkhidmatan fotostat dan print, beliau juga kurang mahir menggunakan komputer. Beliau juga berkunjung untuk meminta tunjuk ajar dari petugas untuk menggunakan sistem dan sebagainya .

Selepas penggunaan ICT/Penglibatan Pi

Petugas  telah membantu beliau untuk mengikuti kelas ICT  di Pusat Internet. Puan Iffa telah diajar cara untuk memperkembangkan  tentang perniagaan beliau. Dengan berbekalkan ilmu yang dipelajari di Pusat Internet beliau mula mengembangkan perniagaan dan ianya sudah mempunyai membuahkan hasil. Kini perniagaan online beliau dapat menambah pendapatan keluarga.