|
NAMA : AFZAINIZAN BINTI MD ARIFIN UMUR : 34 TAHUN PRODUK : BEG GOODIES
|
Latar Belakang
Beliau seorang suri rumah sepenuh masa, mempuyai 3 orang cahaya mata .Pada mulanya beliau menjahit beg goodies untuk dihadiahkan kepada guru semasa Hari Guru dan hadiah kepada tetamu yang hadir majlis hari lahir anaknya.Beliau seorang yang sangat kreatif dan komited dalam jahitan beg goodies. Beg goodies beliau mula mendapat permintaan dalam kalangan penduduk Felda Selendang dan ada juga pelanggan luar menempah untuk dijadikan goodies Majlis Perkahwinan.
Sebelum penggunaan Ict/Penglibatan PI
Beliau malu untuk mengiklankan produk di laman sosial. Beliau juga tidak mahir menggunakan komputer dan jarang mengikuti aktiviti yang diadakan di Pusat Internet .
Selepas penggunaan Ict/Penglibatan PI
Beliau mula mengiklankan produk di Facebook dan mula mendapat tempahan secara online. Beliau mula mencari pola jahitan melalui Youtube untuk pelbagaikan beg goodies yang sedia ada. Beliau juga tidak melepakan peluang untuk menyertai program dan aktiviti yang Pusat Internet adakan.


