Nama : Nasuha binti Saibon
Umur : 22 Tahun
Ahli : 2020
Produk : Perkhidmatan Menjahit Pakaian
Latar belakang
Kisah kejayaan kali ini pula mengisahkan Nasuha binti Saibon, menetap No. 181 , Jalan Tiong Felda Selendang 1, 26800 Kuala Rompin Pahang. Beliau berusia 22 tahun dan masih bujang. Mempunyai 7 orang adik beradik dan merupakan anak ke 4. Beliau meminati bidang jahitan sejak dari kecil lagi kerana sering melihat ibunya menjahit pakaian hari raya untuk keluarga setiap tahun. Pada tahun 2016 beliau mula belajar menjahit di kolej komuniti Temerloh selama 2 tahun. Selepas itu beliau memulakan perniagaan menjahit di rumah. Selepas beberapa tahun beliau mula membuka butik jahitan pakaianya sendiri di sebelah pusat internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini , beliau berkunjung ke Pusat Internet ketika ada urusan sahaja. Sebelum ini beliau tidak pandai menggunakan komputer, beliau meminta bantuan petugas untuk mencetak dan menaip untuknya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti latihan ICT di Pusat Internet beliau sudah boleh menggunakan komputer. Beliau mula berkunjung ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan seperti fotostat dan mencetak . Beliau telah mengikuti kelas usahawan di Pusat Internet. Beliau mula memasarkan pakaian yang dijahit di sosial media dan whatsapp.