mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN ONLINE Q4 2020 – IZZATI NADHIRAH

Nama   : Nurul Izzati Nadhirah binti Rosmadi

Umur   : 18 Tahun

Ahli      : 2015

Produk : Buku Motivasi

 

Latar belakang

Kisah kejayaan kali ini menceritakan mengenai seorang pelajar lepasan SPM iaitu Nurul Izzati Nadhira binti Rosmadi. Beliau berumur 18 tahun dan mempunyai 6 orang adik beradik. Mula membuat perniagaan online pada tahun ini dengan menjual buku motivasi. Beliau berniaga hanya untuk mengisi masa lapang namun apabila makin mendapat sambutan dari pembeli , perniagaannya kini mula mendapat sambutan dari komuniti setempat dan seluruh Malaysia.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini , beliau jarang datang mengikuti ativiti di Pusat Internet.Beliau berkunjung sekadar menggunakan perkhidmatan seperti fotostat dan sebagainya . Beliau sangat merendah diri kerana tidak pandai menggunakan komputer .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas ICT untuk lepasan SPM pada tahun 2019 di Pusat Internet beliau sudah boleh menggunakan komputer. Beliau juga sering berkunjung dan mengikuti program di Pusat Internet . Beliau mula yakin untuk meluaskan perniagaan dan menambah pendapatan keluarga.