mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN ONLINE Q2 2020 – PUAN SYAMIMI

Nama   : Nur Syamimi binti Mat Lazim

Umur   : 25 Tahun

Ahli      : 2019

Produk : Pakaian 

 

Latar belakang

Kisah kejayaan kali ini mengisahkan seorang ibu tunggal muda yang bernama Nur Syamimi binti Mat Lazim . Beliau berusia 25 tahun dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan .Beliau merupakan generasi kedua felda dan menetap di Felda Selendang 01.Beliau baru sahaja mula berjinak-jinak dengan perniagaan online pada tahun ini . Bekerja sebagai pembantu kedai runcit dan membuat perniagaan online untuk menambah pendapatan keluarga kecilnya . 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini ,beliau tidak pernah berkunjung ke Pusat Internet untuk belajar komputer mahupun menggunakan perkhidmatan di sini. Beliau juga tidak mahir menggunakan komputer dan memerlukan bimbingan dari petugas . Lazimnya masyarakat zaman sekarang mahir menggunakan telepon pintar tapi tidak komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan hasrat yang ada , beliau telah mengikuti latihan ICT di Pusat Internet . Dengan adanya kelas Ict ini dapat menambah ilmu beliau dan memberi keyakinan untuk menggunakan komputer. Kini beliau  sudah boleh menggunakan komputer tanpa bantuan dari petugas. Ini salah satu langkah untuk melahirkan komuniti luar bandar celik IT.