Nama : NorAin binti Jamaludin
Umur : 33 Tahun
Ahli : 2016
Produk : Kambing Bakar
Latar belakang
Kisah kejayaan mengisahkan seorang pengusaha kantin sekolah bernama NorAin Binti Jamaludin,beliau merupakan generasi kedua peneroka Felda Selendang 02. Puan Ain berusia 33 tahun,sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang cahaya mata . Perniagaan kambing bakar ini bermula semasaa Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, sekolah ditutup dan sumber pendapatan beliau terjeja. Oleh itu, beliau mencari inisiatif untuk menjual daging bakar dan pesanan pelanggan di hantar hingga ke rumah . Kambing bakar beliau mula mendapat sambutan dan menjadi sumber pendapatan beliau sehingga kini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini , beliau berkunjung ke Pusat Internet ketika ada urusan sahaja.. Sebelum ini beliau tidak pandai menggunakan komputer, beliau meminta bantuan petugas untuk mencetak dan menaip untuknya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti latihan ICT di Pusat Internet beliau sudah boleh menggunakan komputer. Beliau mula berkunjung ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan seperti fotostat dan mencetak . Beliau juga sering mengikuti program di Pusat Internet. Petugas juga membantu beliau mengiklankan kambing bakar di laman sosial.

