mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN ONLINE Q1 2021 -PUAN SAHIDAH MAHAMUD

 

Nama   : Sahidah Binti Mahamud

Umur   : 40 Tahun

Ahli      : 2015

Produk : Sambal Itam , Kerepek Pisang 

 

 

Latar belakang

Kisah kejayaan kali ini menceritakan mengenai seorang guru Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Mutiara Kasih Felda Selendang bernama Sahidah binti Mahamud. Beliau merupakan anak sulong dari 6 orang adik beradik. Beliau berumur 41 tahun dan mempunyai 1 orang cahaya mata. Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang gigih mencari duit untuk membesarkan anak beliau. Mula membuat perniagaan online pada tahun 2019 dengan menjual kerepek pisang berangan, sambal hitam dan telur itik. Perniagaannya kini mula mendapat sambutan dari komuniti setempat iaitu di sekitar Felda Selendang, Bandar Kuala Rompin, Keratong, Janglau, Tanjung Gemok dan Endau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini , beliau jarang datang mengikuti ativiti di Pusat Internet.Beliau berkunjung sekadar menggunakan perkhidmatan seperti fotostat, print, ambil gambar passport dan sebagainya . Beliau sangat merendah diri kerana tidak pandai menggunakan komputer .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti latihan ICT dan kelas usahawan di Pusat Internet beliau sudah boleh menggunakan komputer dan mengembangkan perniagaan beliau dengan lebih luas. Beliau juga sering berkunjung dan selalu mengikuti program di Pusat Internet. Antara program yang sering beliau ikuti adalah Klik Dengan BIjak (KDB), program hari terbuka bersama komuniti, pertandingan penurunan berat badan dan banyak lagi. Selepas mengikuti kelas di pusat internet, beliau mula yakin untuk meluaskan perniagaan dan menambah pendapatan keluarga. Kemahiran menggunakan komputer beliau juga semakin bertambah dan seklaigus memudahkan beliau untuk membuat laporan kerja yang diperlukan.