Nama : Izzati Nadhirah Binti Rosmadi
Umur : 19 Tahun
Ahli : 2015
Produk : Buku , Kokojar
Latar belakang
Kisah kejayaan kali ini pula mengisahkan seorang pelajar lepasan SPM bernama Nurul Izzati Nadhirah binti Rosmadi , merupakan anak nombor 2 daripada 6 orang adik beradik. Beliau menetap di Felda Selendang 1 Kuala Rompin Pahang. Beliau berusia 19 tahun,pada mulanya beliau memjual chocojar, kek dan buka hanya untuk membantu kawan sahaja, apabila diperkenalkan kepada jiran dan kawan – kawan, jualan beliau mula mendapat permintaan di kawasan sekitar Felda Selendang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini , beliau berkunjung ke Pusat Internet ketika ada urusan sahaja. Beliau hanya datang untuk print, Photostat, dan untuk mencari maklumat sahaja. Sebelum ini beliau tidak pandai menggunakan komputer, beliau meminta bantuan petugas untuk mencetak dan menaip untuknya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti latihan ICT di Pusat Internet beliau sudah boleh menggunakan komputer tanpa bantuan petugas. Beliau mula berkunjung ke Pusat Internet dengan kerap untuk menggunakan perkhidmatan seperti fotostat, mencetak, mencari laklumat sendiri dan menggunakan komputer . Beliau juga sering mengikuti program di Pusat Internet. Petugas juga membantu beliau mengiklankan jualannya di laman sosial.