mcmc
Rekreasi & Pelancongan

Pertanian

 Selain tanaman sawit sebagai sumber utama pendapatan bagi penduduk Selendang, mereka juga mengusahakan kebun kecil dan dusun yang menanam pokok buah-buahan untuk kegunaan sendiri. Ada peneroka yang mengusahakan kebun kelapa sebagai sumber pendapatan, kelapa-kelapa ini dijual kepada pembeli samaada peniaga dalam kawasan Selendang itu sendiri atau kawasan sekitarnya. Kelapa yang dibekalkan adalah kelapa muda dan kelapa tua dengan harga sekitar RM 1 hingga RM 3 mengikut kategori tua atau muda.

Selain itu, terdapat juga penduduk yang mengusahakan kebun-kebun kecil yang menanam sayuran untuk kegunaan harian seperti terung, cili, serai, pisang dan sebagainya. Kebun-kebun ini diusahakan samada di sekitar perumahan yang mereka duduki atau pun menjadi tanaman sulaman di kebun sawit mereka.
Usaha ini sedikit sebanyak menjadi sumber pendapatan tambahan mereka bagi menampung kehidupan seharian.

 

Pengusaha Tanaman Serai 

Nama Pengusaha : Ahmad bin Shafie 

Pasaran : Di Sekitar Felda Selendang 

Mula Menanam : 2014 Hingga Sekarang