TAMAN NEGERI ENDAU ROMPIN
Taman Negara Endau Rompin, terletak di sempadan Johor/Pahang, merupakan taman negara yang kedua selepas Taman Negara. Ia meliputi kawasan seluas kira-kira 80,000 hektar kaya dengan flora dan fauna eksotik, yang meliputi kawasan tadahan air sungai Endau dan Rompin, bersesuaian dengan namanya. Dalam erti kata lain, tempat ini sangat luas.
Taman ini merupakan rumah yang besar bagi spesies burung, mamalia, katak, serangga dan pelbagai eksotik orkid, herba, tumbuh-tumbuhan perubatan dan pokok-pokok. Boleh dikatakan setiap kali ekspedisi saintifik kembali dari Endau Rompin, spesis baru ditemui!
Para pengembara boleh menyaksikan haiwan monyet daun, kera ekor panjang, ungka tangan-putih, gajah, rusa, tapir dan kadang-kadang harimau serta harimau bintang dengan menjejaki laluan trek yang melalui hutan. Bagi pencinta kembara dan pengembara sungai, terdapat jeram menyeronokkan dan air terjun yang agak besar. bagi yang gemar memancing anda boleh layan tarikan kelah dan toman sekiranya anda bertuah.
Jika anda dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil laluan Kuala Lumpur-Bahau-Muadzam Shah-Rompin-Taman Negara. Dengan perjalanan kira-kira empat hingga empat jam setengah, tindakan anda mengunjungi Taman Negeri Endau-Rompin berbaloi. Dari Kuantan ke Rompin pun, kira-kira dua jam perjalanan.Kejernihan air dan jeram berbatu
Jika anda dari Johor Bharu, anda hanya perlu ke Mersing-Tanjung Gemok, kemudiannya ke bandar Kuala Rompin sebelum meneruskan perjalanan ke Felda Selendang Satu dan beberapa minit kemudiannya anda sudah memasuki Taman Negeri Endau-Rompin
Terdapat bayaran dikenakan kepada pelawat yang ingin mengunjungi taman negeri ini iaitu RM 5 seorang dan anda boleh memilih untuk balik hari atau bermalam disana. Terdapat kemudahan chalet disediakan atau pengunjung boleh membawa khemah sendiri.
EXPEDISI & BERMALAM DI TAMAN NEGERI ENDAU ROMPIN
Trip ke Air Terjun Seri Mahkota di Taman Negeri Endau Rompin ini disertai seramai 15 orang peserta.
Mereka mengambil masa kira-kira 3 jam untuk sampai .Mereka bermalam selama 3 hari 2 malam.
Pelbagai pengalaman mereka timba semasa menyertai trip ini .
Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan di sana seperti memancing dan mandi air terjun.
MAKLUMAN KEPADA PENGUNJUNG TAMAN NEGERI ENDAU ROMPIN
ROMPIN: Taman Negeri Endau–Rompin antara lokasi pelancongan yang terkenal di daerah ini ditutup buat sementara waktu buat pengunjung bermula 1 November lalu hingga 31 Januari ini depan sebagai langkah keselamatan menghadapi musim tengkujuh.
Penutupan itu buat kali kedua sejak ia dilakukan pada tahun lalu berdasarkan arahan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sekali gus menutup sebarang aktiviti termasuk aktiviti pendakian gunung dilakukan.
Pegawai Hutan Daerah Rompin, Nazri Husin, berkata, penutupan itu juga sebagai langkah pencegahan mengelak berlaku sebarang kejadian tidak diingini kerana paras Sungai Kincing yang menjadi lokasi mandi pengunjung juga boleh naik mendadak jika pada waktu hujan.
“Penutupan ini tidak dapat dielak dan bagi peminat aktiviti rekreasi di hutan yang mempunyai rancangan untuk ke sini diminta menunda tarikh ke tahun depan iaitu bermula bulan Februari ia akan dibuka semula.
“Ini merupakan langkah keselamatan yang diambil sebagai pencegahan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini yang dipengaruhi musim tengkujuh atau cuaca tidak menentu yang juga boleh mendatangkan bahaya kepada pengunjung,” katanya yang dihubungi.
Taman Negeri Endau–Rompin mula diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal di bawah Seksyen 7, Akta Perhutanan Negara 1984 dengan keluasan semasa 31,797 hektar dan jenis hutan di teroka rpa yang tumbuh di kawasan tanah pamah serta beralun.
Sebelum diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal, ia juga telah diwartakan di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara 1965 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Pahang bertarikh 17 Julai 1986 iaitu keseluruhan Taman Negeri dijadikan sebagai Hutan Perlindungan.
Dalam pada itu, Nazri turut menjelaskan penutupan itu juga memberi kesempatan kepada pihaknya untuk menjalankan kerja pembersihan dan baik pulih kemudahan yang terdapat di kawasan berkenaan untuk kegunaan para pengunjung.
“Bagaimana pun tujuan utamanya tetap mengenai keselamatan kerana musim tengkujuh yang biasa melanda negara pada hujung tahun.
“Kawasan ini dikelilingi oleh tujuh gunung bagaikan di tengah kawah dan kebiasaan pada musim tengkujuh akan berlaku angin kuat, ribut, hujan lebat serta paras air sungai juga meningkat secara mendadak,” katanya. #sumber
SUMBER : http://pahangdaily.blogspot.my/2015/11/tengkujuh-taman-negeri-endau-rompin.html