
|
NAMA : NUR AZLINA BINTI OMAR PRODUK : SUSU FARM FRESH |
Latar belakang
Kisah kejayaan kali ini mengisahkan seorang suri rumah sepenuh masa
bernama Nur Azlina binti Omar. Beliau berusia 26 tahun dan menetap
di Felda Selendang. Berniaga sekadar untuk menambah duit poket dan
mengisi masa lapang .
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini , beliau jarang datang mengikuti ativiti di Pusat
Internet kerana bekerja .Beliau berkunjung sekadar menggunakan
perkhidmatan seperti fotostat dan sebagainya . Beliau sangat
merendah diri kerana tidak pandai menggunakan komputer .
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti latihan ICT di Pusat Internet beliau sudah boleh
menggunakan komputer. Beliau juga sentiasa bersemangat untuk
belajar suatu perkara yang baru . Keyakinan beliau juga semakin
bertambah .
