|
NAMA : NUR SYAMIMI BINTI MAT LAZIM UMUR : 25 TAHUN |

Latar Belakang
Nur Syamimi berusia 25 tahun , telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Seorang yang sangat bersemangat untuk belajar perkara yang baru .Beliau
menetap di Felda Selendang 01.
Sebelum penggunaan Ict / Penglibatan Pi
Sebelum ini ,beliau tidak pernah berkunjung ke Pusat Internet untuk belajar
komputer mahupun menggunakan perkhidmatan di sini. Beliau juga
tidak mahir menggunakan komputer dan memerlukan bimbingan dari petugas .
Lazimnya masyarakat zaman sekarang mahir menggunakan telepon pintar tapi
tidak komputer.
Selepas penggunaan Ict / Penglibatan Pi
Dengan hasrat yang ada , beliau telah mengikuti latihan ICT di Pusat Internet .
Dengan adanya kelas Ict ini dapat menambah ilmu beliau dan memberi keyakinan
untuk menggunakan komputer. Kini beliau sudah boleh menggunakan komputer
tanpa bantuan dari petugas. Ini salah satu langkah untuk melahirkan komuniti
luar bandar celik IT.
