Rata-rata penduduk di Felda Selendang adalah merupakan peneroka dan menerima hasil tuaian kebun sawit sebagai sumber pendapatan utama.
Selain dari peneroka, penduduk disini juga merupakan pekerja di ladang FGV, Kilang Sawit dan usahawan yang mengerjakan perniagaan sendiri sebagai mata pencarian terutama golongan generasi kedua.
Terdapat beberapa perniagaan yang diusahakan oleh penduduk di sini yang dikategorikan dalam sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Antara perniagaan tersebut ialah perusahan kuih tradisional seperti bahulu dan karipap mini, kedai runcit, kedai makan, bengkel membaiki kereta, bengkel motorsikal, perusahaan kimpalan besi, perusahaan katering, penyediaan perkhidmatan khemah dan perusahaan kraftangan,perabut dan gazebo berasaskan kayu.
Usahawan-usahawan ini kebanyakannya memulakan perniagaan dengan modal sendiri dan memasarkan perkhidmatan dan barangan mereka di kalangan penduduk kampung. Namun ada yang telah meluaskan pasaran mereka ke luar kawasan seperti menerima tempahan dari pelanggan di luar negeri Pahang dan sebagainya terutama perusahaan kraftangan berasaskan kayu.
Pihak Pi1M akan terus memantau, membantu dan memberikan sokongan kepada usahawan-usahawan ini dalam mengembangkan dan mempelbagaikan barangan dan perkhidmatan mereka.
PROGRAM MINGGUAN AMANAH IKHTIAR
TARIKH : 12 MEI 2016
MASA :10.00 PAGI
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA FELDA SELENDANG
PRODUK PENJAGAAN & KECANTIKAN WANITA
FACEBOOK : MUNIRAH MOKHTAR
WHATSAPP : 014-5250727
Puan Munirah menjual Produk Kecantikan secara online. Kepada pengunjung yang ingin membeli produk dari beliau.
Boleh ke Facebook beliau Munirah Mokhtar untuk melihat lebih banyak produk yang dipasarkan dan untuk melihat testimoni beliau .
Dilampirkan beberapa produk yang dipasarkan

