Nama : Nur Amira binti Mohd Irwan
Umur : 18 Tahun
Ahli : 2016
Latar belakang
Kisah kejayaan kali ini mengisahkan seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang bernama Nor Amira Binti Mohd Irwan. Adik Nor Amira berumur 18 tahun , seorang yang sentiasa aktif dan bersemangat dengan apa yang dilakukan . Amira mempunyai 3 orang adik beradik, beliau merupakan sulong dalam keluarga. Dilahirkan dalam keluarga yang susah , namun beliau sentiasa gembira bersama keluarga dan rakan-rakannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini beliau berkunjung ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan contohnya menggunakan perkhidmatan fotostat , mencetak dan sebagainya. Beliau hanya datang apabila hendak menggunakan perkhidmatan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mula mengikuti kelas ict dan pertandingan apabila rakannya mengikuti aktiviti yang diadakan di Pusat Internet . Dengan adanya kelas Ict ini dapat menambah ilmu beliau dan memberi keyakinan untuk menggunakan komputer. Kini beliau sudah boleh menggunakan komputer tanpa bantuan dari petugas. Ini salah satu langkah untuk melahirkan komuniti luar bandar celik IT dan sebagai persediaan sebelum melanjutkan pelajaran.