Nama : Afiq Aiman bin Ahmad
Umur : 12 Tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Kisah kejayaan kali ini mengisahkan seorang pelajar sekolah rendah yang bernama Afiq Aiman bin Ahmad. Adik Afiq berumur 12 tahun , seorang yang sentiasa aktif dan bersemangat dengan apa yang dilakukan . Afiq mempunyai 3 orang adik beradik, beliau merupakan anak kedua. Dilahirkan dalam keluarga sederhana , namun beliau sentiasa gembira bersama keluarga dan rakan-rakannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini beliau berkunjung ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan contohnya menggunakan komputer , fotostat dan sebagainya. Beliau hanya datang apabila hendak menggunakan perkhidmatan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mula mengikuti kelas ict dan pertandingan apabila rakannya mengikuti aktiviti yang diadakan di Pusat Internet . Dengan adanya kelas Ict ini dapat menambah ilmu beliau dan memberi keyakinan untuk menggunakan komputer. Kini beliau sudah boleh menggunakan komputer tanpa bantuan dari petugas. Ini salah satu langkah untuk melahirkan komuniti luar bandar celik IT dan sebagai persediaan sebelum melanjutkan pelajaran.