Nama : Muhd Azril Aizat bin Zakariya
Umur : 18 Tahun
Ahli : 2016
Latar belakang
Kisah kejayaan kali ini mengisahkan seorang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bernama Muhd Azril Aizat bin Zakariya. Beliau berusia 18 tahun , seorang yang sentiasa bersemangat dengan apa yang dilakukan . Aizat mempunyai 6 orang adik beradik, beliau mendapat keputusan 7A dalam SPM. Dilahirkan dalam keluarga sederhana , namun beliau sentiasa gembira bersama keluarga dan rakan-rakannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini beliau berkunjung ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan contohnya menggunakan komputer , fotostat dan sebagainya. Aizat seorang yang aktif dan suka mencuba sesuatu perkara yang baharu.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Walau bagaimapun, apabila petugas mencadangkan untuk membuat kelas komputer kepada lepasan Spm , beliau teruja untuk turut serta . Dengan adanya kelas Ict ini dapat menambah ilmu beliau dan memberi keyakinan untuk menggunakan komputer. Kini beliau sudah boleh menggunakan komputer tanpa bantuan dari petugas. Ini salah satu langkah untuk melahirkan komuniti luar bandar celik IT dan sebagai persediaan sebelum melanjutkan pelajaran.