mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT Q1 2020 – SYAZWANI DAHARUDDIN

Nama   : Nur Syazwani Balqis binti Daharuddin

Umur   : 11 Tahun

Ahli      : 2017

 

Latar belakang

Kisah kejayaan kali ini mengisahkan seorang pelajar sekolah bernama Nur Syazwani Balqis binti Daharuddin . Beliau berusia 11 tahun , seorang yang sentiasa bersemangat dengan apa yang dilakukan . Adik Syazwani mempunyai 6 orang adik beradik dan beliau mempunyai kembar sama jantina . Dilahirkan dalam keluarga sederhana , namun beliau sentiasa gembira bersama keluarga dan rakan-rakannya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini ,beliau berkunjung ke Pusat Internet hanya untuk melayari internet contohnya untuk menonton youtube dan mencari maklumat berkaitan kerja sekolahnya . Beliau tidak kerap berkunjung ke Pusat Internet mungkin kerana kekangan kerja sekolah yang banyak dan mengulangkaji pelajaran di rumah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Walau bagaimapun, apabilaa petugas menyatakan akan mengadakan kelas komputer ecara percuma, beliau bersemangat untuk turut serta bersama kembarnya dan kawan – kawan.Beliau telah mengikuti latihan ICT di Pusat Internet . Dengan adanya kelas Ict ini dapat menambah ilmu beliau dan memberi keyakinan untuk menggunakan komputer. Kini beliau  sudah boleh menggunakan komputer tanpa bantuan dari petugas. Ini salah satu langkah untuk melahirkan komuniti luar bandar celik IT.