Latar belakang
Norrul Atirah atau nama panggilannya Atirah merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Selendang . Atirah seorang anak peneroka di Felda Selendang, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Selendang 01 dan mendapat keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Walaupun mendapat keputusan yang cemerlang, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Selendang dan berjaya mendapat keputusan 9A 1B dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT 3) pada tahun lalu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum ini , beliau sukar untuk membuat rujukan tambahan berkenaan dengan pembelajaran .Hal ini kerana , Felda Selendang merupakan kawasan pendalaman dan sukar mendapat sambungan internet. Keadaan ini merisaukan beliau kerana kerja kursus PT 3 memerlukan beliau untuk membuat rujukan daripada internet. Beliau juga kurang mahir menggunakan komputer dan menggunakan perisian komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Dengan penubuhan Pusat Internet ini membantu beliau membuat tugasan yang diberikan oleh guru . Perkhidmatan yang disediakan juga sangat membantu untuk beliau serta komuniti setempat. Beliau kini mahi menggunakan komputer.


