mcmc
Maklumat Pi1M

MAKLUMAT PUSATEKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDi) FELDA SELENDANG

GAMBAR PEDi FELDA SELENDANG  

 

 

 KOORDINATE PEDi FELDA SELENDANG

LATITUDE : 2.651871  ,  LONGITUDE: 103.431283

 

ASSALAMUALAIKUM WBT..

           Selamat datang kepada pengunjung portal PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA  (PEDi) FELDA SELENDANG .Penubuhan PEDi adalah inisiatif daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad dan MSD  Digital Intelligence SDN. BHD.

 Peranan PEDi adalah sebagai Pusat Sehenti untuk;

  • Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.
  • Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.
  • Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.
  • Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

 

Perkhidmatan yang ditawarkan :  FOTOSTAT , PRINT , SCAN ,BINDING, LAMINATE

 

VISI PEDi 

Menjadikan  PEDi sebagai “ONE STOP DIGITAL CENTRE ” yang dapat dilestarikan

ke arah membina kewibawaan sosio- ekonomi setempat .

 

MISI PEDi

Mencapai VISI PEDi dengan menjadi AGEN TRANSFORMASI melalui :-

1. Program latihan dan pembangunan terancang untuk membina keupayaan ,

kemahiran ,

ilmu dan kebolehan petugas dan komuniti.

2. Penggunaan teknologi bersesuaian yang dapat menggunakan aplikasi 

terkini yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti.

3. Penambahbaikan proses kerja secara berterusan supaya sistem 

pengurusan akan lebih mantap.

SUMBER :  https://www.astroawani.com/berita-bisnes/soalansoalan-lazim-mengenai-pusat-ekonomi-digital-keluarga-malaysia-332574